Wednesday, 28 March 2012

Hanya dia

Chapter 1
            Tik tok tik tok....kringg~~~~jam menunjukkan pukul 5:30 petang maknanya waktu kerja sudah pun selesai. Pekerja-pekerja A&Z Holding sibuk mengemas tempat kerja masing-masing ada yang telah pulang sebaik sahaja loceng berbunyi. Memang tidak menyempat langsung. 

            Aiishhh, orang melayu memang macam ni dah la datang kerja lambat tapi time balik kerja memang punctual habis. Huhuhuhu...

            “ Hani, I  balik dulu ye. u nak tumpang I tak? u balik siapa datang ambil nanti?” Zalia  yang lalu dihadapan kaunter pertanyaan sempat bertegur sapa dengan Hani. Kebiasaannya Hani akan menumpang Zalia untuk pulang kerumahnya, secara kebetulan rumah Zalia hanya bertempat di taman bersebelahan dengan taman tempatnya tinggal.

              Zalia memang seorang kawan yang baik. Zalia merupakan kawan Hani yang pertama sewaktu Hani menjejakkan kaki di syarikat A&Z Holding. Zalia lah yang banyak membantu Hani dalam mengendalikan kerjanya. 

            Segala masalah dan persoalan Hani akan bertanya terus kepada Zalia. Zalia merupakan Executive Account di syarikat A&Z Holding. Sikap peramahnya membuatkan Hani senang untuk bercerita dan meluahkan perasaannya kepada Zalia. 

No comments: