Wednesday, 28 March 2012

Hanya dia ( cont')

            “ Takpe Zal, nanti my lovely mummy yang pick me up. Thanks diatas pelawaan anda sebentar tadi.” Segaris senyuman dihadiahkan kepada sahabat baiknya itu.

            “ Oh, mak mertua I datang eh, U kirim salam tau. Kirim salam sayang. Ok lah Hani I balik balik dulu hati-hati tinggal dekat office ni sesorang.” Sebaik sahaja lambaian Zalia hilang dari pandangan Hani meneruskan kerjanya mengemas mejanya.

              Tugasnya sebagai penyambut tetamu merangkap kerani di syarikat tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan hidupnya sedikit kucar kacir. Namun semua itu Hani ketepikan. Zaman sekarang mana boleh nak pilih-pilih kerja. Kalau asyik memilih sampai ketua la Hani tak bekerja. Dia bersyukur dengan rezeki pemberian Allah kepadanya sekarang. Meskipun bekerja sebagai kerani, Hani tetap bersyukur.

               Tetiba perut Hani meminta Hani menunaikan hajatnya, puas ditahan tapi makin menjadi pulak. Hani bergegas ke toilet bagi melepaskan hajat yang telah sekian lama ditahan. Takut nanti terburai ditengah jalan, tak pasal-pasal nama SuriaHani Hj. Daud terpampang di blog-blog or muka buku. Popular satu Malaysia tak ke haru.

No comments: