Wednesday, 28 March 2012

Hanya dia ( cont')

Usai melepaskan hajat, Hani bergegas ke ruang legar pejabat itu. Kelihatan hanya Pak Hamdan dan Pak Mail sedang rancak berborak sesekali kedengaran hilaian ketawa dua sahabat itu bergema di ruang legar. Segaris senyuman dilemparkan kearah Pak Hamdan dan Pak Mail sewaktu melintas meja pengawal.

“ Baru balik Hani? Dah lewat ni? Nanti balik siapa yang datang jemput?” tegur Pak Hamdan, Pak Mail disebelah hanye terenyum menempakkan barisan giginya yang masih terjaga rapi.

“A’ah Pak Hamdan, Pak Mail. Baru nak balik nie tadi ada kerja sikit tu yang balik lambat hari ni. Nanti mak yang datang ambik. Tak pe lah, Hani minta diri dulu ye, Assalamualaikum.” Hani terus mengatur langkah menuju ke pintu utama. Diluar hujan lebat menyimbah bumi tiada tanda  menunjukkan akan berhenti dalam waktu yang terdekat. 

Hatinya mula dipagut kerisauan. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Bayangan ibu tersayang masih belum kelihatan. Menyesal mula terbit di ruang hati, kalau datang menggunakan kenderaan awam kan senang dah lama sampai rumah.

 Aish, Hani mula mengeluh, hujan masih galak menyimbah bumi, tumbuh-tumbuhan gembira tatkala titisan hujan menyirami dedaun. Angin yang bertiup menambahkan kesejukan, Hani mengusap-usap badannya yang kesejukan.

Setelah 30 minit berlalu Hani mengambil keputusan untuk menunaikan perintah-Nya terlebih dahulu sementara menunggu kedatangan gerangan si ibu datang menjemputnya. Sebaik sahaja Hani ingin memulakan langkah secara tiba-tiba Hani tergelincir kerana lantai yang basah. Nasib baik ada hamba Allah s.w.t yang membantu menampung tubuhnya dikala itu. Kalau tidak semestinya dia jatuh umpama nangka busuk yang jatuh dari dahannya. 

Mesti dia menanggung malu yang amat jikalau berita dia terjatuh umpama nangka tersebar diseluruh pejabat. Malu..malu....kasut tumit tinggi berwarna merah pemberian ibunda tercinta turut menerima nasib yang malang. Tumit kasutnya patah akibat kejadian itu. 

Hanya dia ( cont')

            “ Takpe Zal, nanti my lovely mummy yang pick me up. Thanks diatas pelawaan anda sebentar tadi.” Segaris senyuman dihadiahkan kepada sahabat baiknya itu.

            “ Oh, mak mertua I datang eh, U kirim salam tau. Kirim salam sayang. Ok lah Hani I balik balik dulu hati-hati tinggal dekat office ni sesorang.” Sebaik sahaja lambaian Zalia hilang dari pandangan Hani meneruskan kerjanya mengemas mejanya.

              Tugasnya sebagai penyambut tetamu merangkap kerani di syarikat tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan hidupnya sedikit kucar kacir. Namun semua itu Hani ketepikan. Zaman sekarang mana boleh nak pilih-pilih kerja. Kalau asyik memilih sampai ketua la Hani tak bekerja. Dia bersyukur dengan rezeki pemberian Allah kepadanya sekarang. Meskipun bekerja sebagai kerani, Hani tetap bersyukur.

               Tetiba perut Hani meminta Hani menunaikan hajatnya, puas ditahan tapi makin menjadi pulak. Hani bergegas ke toilet bagi melepaskan hajat yang telah sekian lama ditahan. Takut nanti terburai ditengah jalan, tak pasal-pasal nama SuriaHani Hj. Daud terpampang di blog-blog or muka buku. Popular satu Malaysia tak ke haru.

Hanya dia

Chapter 1
            Tik tok tik tok....kringg~~~~jam menunjukkan pukul 5:30 petang maknanya waktu kerja sudah pun selesai. Pekerja-pekerja A&Z Holding sibuk mengemas tempat kerja masing-masing ada yang telah pulang sebaik sahaja loceng berbunyi. Memang tidak menyempat langsung. 

            Aiishhh, orang melayu memang macam ni dah la datang kerja lambat tapi time balik kerja memang punctual habis. Huhuhuhu...

            “ Hani, I  balik dulu ye. u nak tumpang I tak? u balik siapa datang ambil nanti?” Zalia  yang lalu dihadapan kaunter pertanyaan sempat bertegur sapa dengan Hani. Kebiasaannya Hani akan menumpang Zalia untuk pulang kerumahnya, secara kebetulan rumah Zalia hanya bertempat di taman bersebelahan dengan taman tempatnya tinggal.

              Zalia memang seorang kawan yang baik. Zalia merupakan kawan Hani yang pertama sewaktu Hani menjejakkan kaki di syarikat A&Z Holding. Zalia lah yang banyak membantu Hani dalam mengendalikan kerjanya. 

            Segala masalah dan persoalan Hani akan bertanya terus kepada Zalia. Zalia merupakan Executive Account di syarikat A&Z Holding. Sikap peramahnya membuatkan Hani senang untuk bercerita dan meluahkan perasaannya kepada Zalia. 

Wednesday, 29 February 2012

LaGu RinDu

wahai jendela hati
jendela hati yang ku rindui
mengapa kini dikau membisu seribu bahasa
kelam dan gelap
umpama malam tanpa sang rembulan dan bintang
wahai jendela hati
aku merindui masa lalu ku
aku ingin dibuai rindu
namun sayang seribu kali sayang
rindu yang dahulunya
aku persiakan
kini terbang bersama sang angin
umpama dedaun nan kering
di musim luruh...
ah...terasa begitu kosong
hati ini kosong tanpa rindu yang datang bertandang
wahai jendela hati
jika waktu itu hadir kembali
akan ku singkap jendela pagi
biar menerangi segenap ruang hatiku
biar rancak melagukan rindu
biar lena dibuai rindu.......

Tuesday, 28 February 2012

WAKTU ITU~~~~

ambillah waktu untuk BERFIKIR,
itu adalah sumber KEKUATAN.
ambillah waktu untuk BERMAIN,
itu adalah rahsia masa muda yang ABADI.
ambillah waktu untuk BERDOA,
itu adalah sumber KETENANGAN.
ambillah waktu untuk BELAJAR,
itu adalh sumber KEBIJAKSANAAN.
ambillah waktu untuk MENCINTAI dan DICINTAI,
itu adalah hak istimewa yang diberikan TUHAN.
ambillah waktu untuk BERSAHABAT,
itu adalah jalan menuju KEBAHAGIAN.
ambillah waktu untuk TERTAWA,
itu adalah muzik yang bisa menggetarkan HATI.
ambillah waktu untuk MEMBERI,
itu akan membuat hidup lebih BERERTI.
ambillah waktu untuk BEKERJA,
itu adalah nilai KEBERHASILAN.
ambillah waktu untuk BERAMAL,
itu adalah jalan menuju ke SYURGA......^_^

Wednesday, 28 December 2011

satu malam yang ****

25hb december 2011...aty ku melonjak kegembiraan sbb nk blk kg...well sape x ske bile time blk kg kan...tepat jam 10.00 mlm dgn bantuan kawan2 mkck aku, aku n makck aku pon nek la bas ekspress yang agak popular kebelakangan ini.....senyum mmg sampai ketelinga lah sbb syok punyer psal nk blk kg..akan tetapi tiba kat jalan duta penumpang lam bas menjerit.."ASAP2!!!!" aku bukak mata tgk asap berkepul2 kat enjin bas..cuak siott...sme lam bas dah panik...driver bas pon berkata"rileksss sme"...adoiii nk rilekkk camne pulak bile dah jdi camtu...aku leh lagi la tersenyum....dorang pon kol sumbody gtaw sal bas rosak...sementara tgg sumbody dtg dorang p la tgk2, repair2 pe yg patot...lama jugak tu...pastu perjlanan diteruskan sampai la kat gombak kowt...then bas rosak lagi.. temperature aku dah naek ckit..sabar2~~~~~~lama2 aku jdi bengang sbb 2 jam stuck lam bas.....sehingga la ad lori yg dtg tarik bas tu p bawak kitowang kat stesen minyak..kena tuko bas..ok fine...bas yg dituko pon rosak...adoiii bengang2!!!!tggu lagi kat dorangnye bengkel.....after that bas tu bawak kitowang kat jabor then bru tuko bas ****...adoii....10 mlm hingga 10 pagi...mmg gilakkkkkk!!!!pesanan aku..klau dah taw bas tu rosak repair awal2, standby awal2...x pon jgn guna terus bas yg dah rosak tu...aisimmeeeee

Sunday, 16 October 2011

1 ary Yng Menjengkel Kan

aiishhh..ntah pe2 ntah pasal mende kecik pon mudah sgt nk gdh2..mende dah x wajib so dorang x berhak nk paksa2 sumone tuk beli ke pe ke...next sem kan ad lagi x payah kol org tu kol org ni nk suh beli pon..dorang dah ad otak kot leh pkir dah dorang x de duit nk wat camne kan x kn nk paksa dorang beli jugak..x ke ssh kalu camtu...biar la dorang, lgi pon lecturer ckp pakai bj formal....x yah nk sibuk2 kan diri wat bj korporat bagai nk pergi pon 1 ary jew..pergi blk kot...iissshh, fhm tol la bdk2 ni nk wat research jew tp cma nk wat event..kalu wat research org pakai bj formal...kalu dah x de sgt bj kurung tu korang pakai jew la baju melayu..geram tol aku