Thursday, 7 April 2011

NOVEL.....:)

(BAB MENARIK) PELUKAN CINTA - Amisha Dania
KPN berkongsi dengan peminat novel, BAB 29 ( muka surat 141-146 ) di dalam novel Pelukan Cinta. Selamat Membaca. Klik Pada Cover Novel Untuk membaca Keseluruhan cerita bab 29

BAB 29 ( muka surat 141-146 )
...
ZULAIKA mengajak Salmiah lepak di Sunway Piramid. Salmiah menurut sahaja. Cuti tiga hari yang dipohonnya akan dihabiskan bersama Zulaika. Sudah hampir dua tahun dia tidak bertemu Zulaika. Sangkanya Zulaika sudah berkahwin dengan abang ‘superb’, rupanya belum lagi.

"Weh…tak kan nak makan buah pusing kedai je ni…tekak aku haus dah ni.." Salmiah menarik tangan Zulaika kearah ‘foodcourt’ yang terdapat di dalam Sunway Piramid itu.
Zulaika tersenyum. Perangai Salmiah tidak berubah. Berjalan sedikit, mesti nak minum. Teringat kata-kata Armand, Mia ni macam budak tak cukup makan, lapar memanjang. Mana diletaknya makanan tu semua.

Mereka masuk ke sebuah restoran makanan segera. Setelah membuat pesanan, mereka membawa makanan mereka kesebuah bangku yang agak tersorok.
"Kau ke mana Ika, dah lebih setahun kau membisu. Aku ‘call’ kau tak jawab, aku hantar pesanan pun kau tak balas, apa masalah kau Ika? Tak kan kau kahwin tak jemput aku?" Salmiah meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Zulaika menundukkan wajahnya. Merenung ayam goreng yang berada di dalam pinggannya. Perlukah diceritakan semuanya? Membuka cerita kepada Salmiah seolah-olah membongkar kembali kesedihan yang telah membeku jiwanya.

"Abang superb mana?" Salmiah bertanya.
Zulaika melepaskan keluhan berat. Abang superb, itu panggilan untuk Armand Danial. Dimana? Dimana kau abang ?

"Kami….er…kami dah tak bersama lagi…" Akhirnya Zulaika berterus terang.
Salmiah cepat-cepat mencapai gelas minumannya. Terasa tercekik ayam yang ditelannya. Matanya buntang memandang Zulaika.

"Janganlah bergurau Ika. Abang superb tu sayang gila kat kau, tak kan dia sanggup tinggalkan kau. Dia mati ke apa ni? Cuba kau cerita betul-betul kat aku. Hilang akal apa abang superb tu?" macam bertih goreng keluar perkataan dari mulut Salmiah.

"Siapalah Ika ni Mia…." Zulaika berkata perlahan.
Terkelip-kelip mata Salmiah. Sebiji macam Sharifah Amani memandang Mawi dalam iklan di televisyen.

"Susah Mia nak percaya Ika. Tak kan lah abang superb ada perempuan lain. Apa kes ni Ika?"

"Panjang ceritanya Mia. Kami masih saling menyayangi. Tetapi abang ada masalah dengan keluarganya. Tak kan kerana Ika, dia nak buang keluarga pulak. Ika tak nak macam tu. Kalau kahwin, Ika nak ada restu dari kedua-dua pihak. Abang dah kahwin dengan sepupunya. Ika dengar, dah ada anak dah pun. Bahagialah tu agaknya…." Suara Zulaika sangat perlahan.
Tiap kali terkenang Armand, memang dia akan rasa sesak nafas. Dia merelakan perpisahan ini, tetapi jauh disudut hati….dia tetap menangisinya. Diruang matanya masih terbayang wajah duka Armand.

Armand menggenggam kedua-dua belah tangan Zulaika. Matanya merenung tajam wajah kesayangannya itu.

" Sayang, dengarlah cakap abang ni…sayang kena faham. Abang tak boleh hidup tanpa sayang, kita kahwin ye sayang?" Armand meminta persetujuan Zulaika.


(NOVEL) ABANG KHAI TOMBOY - Nuraqilah Syuhaida
."Kat luar tu tulis ini tandas perempuan. Kat sebelah tu baru tandas lelaki. Adik salah toilet ni."
-------------------------------
Syafiq terlopong memandang Khai. Ada dua kemungkinan kat sini. Sama ada dia terpegun dengan kecantikan Khai atau ragu-ragu dengan tahap kenormalan Rizal sebaga...i lelaki sejati.

Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja, membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya, seterusnya dan seterusny......a. Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yang aneh dalam diri mereka. Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal, risau dengan perasaan yang wujud dalam dirinya-risau akan tercetus hubungan songsang.

Dalam menepis perasaan yang kian bercambah, pelbagai dugaan datang menimpa. Dato' Rashid yang tidak sudah-sudah dengan dendamnya. Rizal yang mahu menuntut hak. Geng 23X yang mula membuat onar. Khai yang ingin mencari kepastian diri

Bagaimana kesudahannya? Mampukah hati Dato’ Rashid dilembutkan? Berjayakan Rizal merebut hak yang dipertahankannya? Tertumpaskah Geng 23X? Adakah segala yang berlaku dalam hidup mereka semua, mampu memperkuatkan rasa kasih yang sudah tersemai?

Khai, kenapa dia takut kehilangan ‘lelaki’ itu? Dia sendiri tidak tahu…mungkin dia sudah jatuh cinta…ya, aku sudah jatuh cinta. Di saat aku semakin lemah, baru aku mengakuinya. I do love him, ain’t a joke. Aku tak peduli lagi dia lelaki ke perempuan.

(SINOPSIS & DIALOG MENARIK) DOKTOR CINTA - Dyadila
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan......... terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

----------------------------------
Dialog 1

"macamana kalau dia halau saya?"

"awak kata Mazliana Haji Nordin tak akan kalah pada dugaan tapi..ni la orang kata cakap aje lebih tapi habuk pun tak ada!"

"Amboi bos besar ni jangan terlajak perahu ek.."sekali lagi kepalanya disekeh."aduhhh!! apa ni bos? Sakitlah! Kalau rosak kulit kepala saya macamana?biol empat puluh hari, tahu tak?"

"dah kalau mulut awak nak merepek tak tentu pasal, saya suruh awak balik kang nak?"

"hah? Balik? Betul?" Mazliana mengangkat keningnya.

"emmm… dah,cepat jalan!"

--------------------------------------------------
Dialog 2

"Kalau macam tu bolehlah kita jumpa keluarga maz,bincang apa yang patut"

"Tapi diorang tak boleh kahwin mak engku"

"Kenapa pulak zik"

"Maz sebenarnya sakit"

"Sakit sakit apa"

"Emmm sakit…sakit…. Hah,dia ada buasir mak engku!"

Terkeluar sedikit air dari mulut Tengku Iskandar. Dia tersedak, mazliana?muka blur, tak ada apa-apa respon. Buasir???


sources:: kelab peminat novel:)
p/s...selmt membac n have fun:)

No comments: