Wednesday 28 March 2012

Hanya dia ( cont')

Usai melepaskan hajat, Hani bergegas ke ruang legar pejabat itu. Kelihatan hanya Pak Hamdan dan Pak Mail sedang rancak berborak sesekali kedengaran hilaian ketawa dua sahabat itu bergema di ruang legar. Segaris senyuman dilemparkan kearah Pak Hamdan dan Pak Mail sewaktu melintas meja pengawal.

“ Baru balik Hani? Dah lewat ni? Nanti balik siapa yang datang jemput?” tegur Pak Hamdan, Pak Mail disebelah hanye terenyum menempakkan barisan giginya yang masih terjaga rapi.

“A’ah Pak Hamdan, Pak Mail. Baru nak balik nie tadi ada kerja sikit tu yang balik lambat hari ni. Nanti mak yang datang ambik. Tak pe lah, Hani minta diri dulu ye, Assalamualaikum.” Hani terus mengatur langkah menuju ke pintu utama. Diluar hujan lebat menyimbah bumi tiada tanda  menunjukkan akan berhenti dalam waktu yang terdekat. 

Hatinya mula dipagut kerisauan. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Bayangan ibu tersayang masih belum kelihatan. Menyesal mula terbit di ruang hati, kalau datang menggunakan kenderaan awam kan senang dah lama sampai rumah.

 Aish, Hani mula mengeluh, hujan masih galak menyimbah bumi, tumbuh-tumbuhan gembira tatkala titisan hujan menyirami dedaun. Angin yang bertiup menambahkan kesejukan, Hani mengusap-usap badannya yang kesejukan.

Setelah 30 minit berlalu Hani mengambil keputusan untuk menunaikan perintah-Nya terlebih dahulu sementara menunggu kedatangan gerangan si ibu datang menjemputnya. Sebaik sahaja Hani ingin memulakan langkah secara tiba-tiba Hani tergelincir kerana lantai yang basah. Nasib baik ada hamba Allah s.w.t yang membantu menampung tubuhnya dikala itu. Kalau tidak semestinya dia jatuh umpama nangka busuk yang jatuh dari dahannya. 

Mesti dia menanggung malu yang amat jikalau berita dia terjatuh umpama nangka tersebar diseluruh pejabat. Malu..malu....kasut tumit tinggi berwarna merah pemberian ibunda tercinta turut menerima nasib yang malang. Tumit kasutnya patah akibat kejadian itu. 

No comments: